Wahai manusia,
Tidak kah kamu tahu,
Kita adalah manusia yang bertuah,
Bertuah ?
Apa benda itu ?
Ya, kita semua bertuah !
Masih boleh bernafas di saat ini
Tidak kah kalian berasa begitu ?
Hidup kan muda lagi,
enjoy dulu !
Muda ?
Apakah definisi muda bagi anda ?
Adakah maut dari kalangan yang tua-tua sahaja ?
Tidakkah kita berfikir ?
..........
Kenapa nak berleteh pasal mati ni pulak. relax la
Masihkah anda boleh relax sekarang ini ?
Cukupkah amalan anda jika anda terpaksa pergi sekarang ?
Sediakah anda dengan amalan-amalan anda ?
" Jadilah "muda" dua kali , iaitu didunia dan akhirat dengan menggunakan masa muda anda ke jalan Allah "
Life is short
the p
Sunday, September 22, 2013
Sunday, February 24, 2013
SBM 2.0 - Part 1 -
Bismillahirahmanirahim.
Berhabuk blog ini sekian lama.
Masanya untuk membersihkannya.
Pada hari ini saya akan meulis info dan point yang telah saya dapat dan peroleh dalam Seminar Baitu Muslim.
- Setiap manusia akan menempuh alam roh, alam rahim, alam dunia, alam marsyar dan destinasi yang dituju , jannah . InshaAllah.
4 Perkara yang telah ditentukan
1) rezeki
2) Ajal
3) Umur
4) Jodoh
- Rezeki itu perlu dicari/ berusaha dan wajib kita bertawakal kepada Allah sepenuhnya.
" Kita takbir, Takdir di tanganNya "
" Allah beri rezeki selaras dengan tanggungjawab kita laksanakan "
Maka : Tanggungjawab itu SANGAT SANGAT penting.
Sebagai contoh tanggungjawab kita sebagai hambaNya. Apa tujuan Allah meghidupkan kita ?
tentunya tiada sia-sia segala yang Allah ciptakan iaitu :-
a) Menjadi Hamba Allah
b) Menjadi Khalifah di muka bumi.
Jika tanggungjawab yang diberikan kepada kita itu banyak dan berat, dengan ini Allah memberi kita seseorang untuk bersama-sama mengharunginya. :)
" Apa yang kita semai hari ini, Kita akan semai di akhirat kelak "
Kaedah dan Prinsip
- Prinsip tak berubah tapi kaedah yang berubah
Kaedah Satu
Jadi Baik, Jadi soleh, Solehah
" Jadilah " lebih BAIK daripada "Carilah "
Menjadi baik adalah satu proses ongoing. Kebiasaan kita bertanya kepada diri kita,
" Adakah kita orang yang baik ?"
kebiasaan orang akan berkata " saya bukannya orang yang baik tapi sedang berusaha menjadi baik "
Memang tepat dan betul.
# Sebenarnya kita melakukan kebaikan bukan kerana kita baik, TETAPI kita berusaha menjadi baik
Sering didengari teori " law of attraction " di mana-mana corong radio dan penyampai kebiasaannya.
" orang yang baik akan mudah tertarik dengan orang yang baik "
Kaedah ke dua dan ketiga akan menyusul nanti.....
InshaAllah akan bersambung :)
Berhabuk blog ini sekian lama.
Masanya untuk membersihkannya.
Pada hari ini saya akan meulis info dan point yang telah saya dapat dan peroleh dalam Seminar Baitu Muslim.
- Setiap manusia akan menempuh alam roh, alam rahim, alam dunia, alam marsyar dan destinasi yang dituju , jannah . InshaAllah.
4 Perkara yang telah ditentukan
1) rezeki
2) Ajal
3) Umur
4) Jodoh
- Rezeki itu perlu dicari/ berusaha dan wajib kita bertawakal kepada Allah sepenuhnya.
" Kita takbir, Takdir di tanganNya "
" Allah beri rezeki selaras dengan tanggungjawab kita laksanakan "
Maka : Tanggungjawab itu SANGAT SANGAT penting.
Sebagai contoh tanggungjawab kita sebagai hambaNya. Apa tujuan Allah meghidupkan kita ?
tentunya tiada sia-sia segala yang Allah ciptakan iaitu :-
a) Menjadi Hamba Allah
b) Menjadi Khalifah di muka bumi.
Jika tanggungjawab yang diberikan kepada kita itu banyak dan berat, dengan ini Allah memberi kita seseorang untuk bersama-sama mengharunginya. :)
" Apa yang kita semai hari ini, Kita akan semai di akhirat kelak "
Kaedah dan Prinsip
- Prinsip tak berubah tapi kaedah yang berubah
Kaedah Satu
Jadi Baik, Jadi soleh, Solehah
" Jadilah " lebih BAIK daripada "Carilah "
Menjadi baik adalah satu proses ongoing. Kebiasaan kita bertanya kepada diri kita,
" Adakah kita orang yang baik ?"
kebiasaan orang akan berkata " saya bukannya orang yang baik tapi sedang berusaha menjadi baik "
Memang tepat dan betul.
# Sebenarnya kita melakukan kebaikan bukan kerana kita baik, TETAPI kita berusaha menjadi baik
Sering didengari teori " law of attraction " di mana-mana corong radio dan penyampai kebiasaannya.
" orang yang baik akan mudah tertarik dengan orang yang baik "
Kaedah ke dua dan ketiga akan menyusul nanti.....
InshaAllah akan bersambung :)
Saturday, November 17, 2012
Tuesday, November 13, 2012
Stop and think !
Something makes me 'pause' from my works, when reading this ....
How can one find peace in disobeying the Giver of peace?
it makes me think twice ;
How can one find peace in disobeying the Giver of peace?
it makes me think twice ;
Monday, January 2, 2012
kisah masa,
" Kebanyakan orang selalu tepat masa bila bertemu janji dengan seseorang, tetapi lupa akan temu janji dengan Allah apabila azan berkumandang"
Friday, December 23, 2011
Nota cintaku,
Bila kita cintakan seseorang,
Kita sanggup melakukan apa saja,
Biarpun mendaki gunung yang tinggi,
Biarpun mematahkan kayu jati,
Biarpun orang membenci,
Begitulah ibaratnya cintaku,
Cinta kepada jalan kebenaran,
Iaitu cinta kepada Allah.
Atas dasar mencari redha-Nya,
Mencari cinta yang hakiki,
Cinta yang tidak ada pasang surutnya,
Aku tinggalkan kenikmatan duniawi,
Nikmat yang sementara,
Biarpun manusia mudah lupa,
Namun aku bersyukur mempunyai sahabat sejati,
Sahabat yang mendorong ke jalan Kebenaran.
Ya Allah,
Tetapkanlah iman kami selalu,
Gerakkan mulut dan lidah kami menyebut namaMu,
Agar kami sentiasa bersamaMu selalu di hati,
Permudahkanlah perjalanan kami menuju ke jannah.
Selamatkanlah perjalanan kami dalam University kehidupan ini,
Sesungguhnya hanya kepadaMu kami Berserah.
Saturday, December 17, 2011
Fitrah Manusia
Cinta itu fitrah, sungguh tidak dinafikan. Dan cinta boleh menjadi fitnah.
Firman Allah:" Fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah itu." Maksud Surah arRum: 30
Bagaimana cinta boleh menjadi fitnah ?
Apabila cinta dijadikan matlamat utama dalam kehidupan kita.
Analoginya, kita ambil air zam zam dan air coca cola. Bayangkan, apa yang akan terjadi apabila secawan air zam zam tadi dicampurkan pula dengan beberapa titis air coca cola.Pasti warnanya berubah bukan. Apatah lagi, apabila sebanyak secawan lagi air coca cola tadi dimasukkan ke dalam air zam zam. Pasti, warnanya akan berubah dengan mendadak. Kesucian air zam zam pada mulanya tadi pun sudah tidak lagi kelihatan. Yang terlihat, hanya hitam dan kekerohan.Jadi, begitu juga dengan cinta yang wujud pada masyarakat kita tadi.
Panduan Cinta
1) Cinta agung: Cinta kepada Allah, Rasul dan Islam serta berjihad membuktikannya.
2) Cinta pertengahan: Cintakan sesama manusia: Ibubapa, anak-isteri, kaum kerabat dan sahabat handai
3) Cinta bawahan: Menyintai sesuatu melebihi cinta kepada Allah, Rasul dan Islam.
Cinta Itu Bukan Tujuan, Cinta Hanya Jalan.
Memang kita memerlukan cinta untuk membina rumah tangga tetapi meletakkan cinta bukanlah ditempat yang teratas untuk mendapatkan rumah tangga yang bahagia.
Pekahwinan tidak perlu dimulakan dengan satu percintaan tetapi ia mesti didahulukan oleh satu pengenalan. Iaitu mengenali keseriusannya dalam beragama.Panduan memilih calon isteri dan suami yang diberikan oleh Nabi Muhammad saw melalui sabdanya,
“Dikahwini wanita itu atas empat perkara: harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan.”
Oleh itu, agama sangatlah penting bagi sebuah masjid yang dibina indah. Bayangkan Jika anda mempunyai sebuah rumah tetapi isi rumahnya kosong, adakah anda merasa seronok untuk tinggal didalamnya ? Pastilah Tidak.Lalu apa benda yang mengisi ruang rumah itu ?
Jawapannya adalah amalan agama.
Jawapannya adalah amalan agama.
" Hidup tanpa amalan, cinta akan sengsara"
Kebanyakan orang yang berharta tanpa amalan, hatinya gusar. Berlainan pula dengan kehidupan yang sederhana tetapi beramal, mereka bahagia. Ini kerana mereka berasa cukup dengan nikmat yang diberi Allah walaupun sedikit. Maka bersyukurlah selalu kawanku.
Bahana cinta sebelum kahwin
Apa keistimewaan cinta sebelum kahwin ?
Jawapannya : Tiada. Kenikmatan yang dirasai hanyalah sementara dengan tipu daya syaitan semata-mata. Kebanyakkan manusia terlupa.
Jawapannya : Tiada. Kenikmatan yang dirasai hanyalah sementara dengan tipu daya syaitan semata-mata. Kebanyakkan manusia terlupa.
"Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan seorang wanita di tempat sunyi melainkan syaitanlah orang ketiganya".
Cinta sebelum kahwin sememangnya terdedah dengan perbuatan zina sama ada secara lisan atau perbuatan, disengajakan atau kerana tidak mampu menahan godaan.Cinta yang asalnya suci dan bersih di hati setiap insan boleh tercemar apabila disalurkan dengan jalan-jalan yang mendekati zina.
Mata itu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan),
Lisan itu berzina dan zinanya adalah bercakap (yang sia-sia, lucah dan sebagainya),
Kaki itu berzina dan zinanya adalah melangkah (untuk bermaksiat),
Tangan itu berzina dan zinanya ialah merangkul (untuk bermaksiat),
Hati itu berhawa dan berangan-angan,
Faraj membenarkan atau mendustakannya.
Rasulullah SAW mengingatkan:
“Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli.” (Riwayat Ahmad).
Iman vs Nafsu
Manusia mempunyai akal, hati dan nafsu. Mencintai seseorang lebih daripada cintakan Allah menjadikan akal mati.
Jika nafsu menjadi pemandu, akal akan jadi konduktor dan hati akan menjadi penumpang maka rosaklah kehidupan seseorang.
Kehidupan yang bergantung kepada keimanan yang menjadi pemandu, akal menjadi konduktor dan nafsu menjadi penumpang, berjayalah kehidupan seseorang.
Apabila cinta ini berjaya hingga ke gerbang perkahwinan, cinta yang dikias bertahun-tahun pudar selepas pernikahan yang halal.Tiada manis yang dirasa, madu yang manis menjadi tawar. Namun kajian menunjukkan cinta yang kotor, patah / rapuh di tengah jalan. Tidak sempat berumahtangga, cinta telah berkecai.Terbukti tidak ada keindahan dengan mengetepikan Tuhan!
Daripada kita ingin mencari pasangan yang soleh dan solehah, lebih baik kita menjadi .
Firman Allah di dalam Surah An-Nur:
"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Al-Nur 24 :26)
Tidakkah kita percaya dengan janji-Nya ? Maka Cinta Apa yang ingin anda kejar sekarang ini ? Marilah sama-sama bertekad dalam diri kita meraikan cinta Allah.
Allah Mencintai para hambaNya :
Allah Mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya [QS Al Maidah : 54]
Rasulullah SAW bersabda, “sesungguhnya Allah SWT memberikan dunia kepada orang yang Dia cintai dan orang yang tidak Dia cintai. Namun, Dia tidak memberikan keimanan kecuali kepada orang yang Dia cintai” [HR Al Hakim & HR Al Bayhaqi dalam Syu’ab Al Iman melaui jalur Ibn Mas’ud].
Islam memandu kita untuk menyalurkannya cinta secara mulia , terhormat dan bermaruah disulami keindahan berganda selepas nikah bersama dengan REDHA Allah.
Semoga bingkisan ini menjadi panduan buat diri saya sendiri dan rakan taulan. =)
Sumber : Iluvislam.com
Buku Celik mata dan Jiwa - Prof. dr Muhaya Hj Muhammad
Blog Fatimah syarha - http://sebarkanbahagia.blogspot.com/
Blog Genta rasa (Pahrol Mohd Juoi ) - www.http://genta-rasa.com/
Banyak lagi blog islamik.
Subscribe to:
Posts (Atom)