Saturday, December 17, 2011

Fitrah Manusia



Cinta itu fitrah, sungguh tidak dinafikan. Dan cinta boleh menjadi fitnah. 
Firman Allah:" Fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah itu." Maksud Surah arRum: 30

Bagaimana cinta boleh menjadi fitnah ?  
Apabila cinta dijadikan matlamat utama dalam kehidupan kita. 
Analoginya,  kita ambil air zam zam dan air coca cola. Bayangkan, apa yang akan terjadi apabila secawan air zam zam tadi dicampurkan pula dengan beberapa titis air coca cola.Pasti warnanya berubah bukan. Apatah lagi, apabila sebanyak secawan lagi air coca cola tadi dimasukkan ke dalam air zam zam. Pasti, warnanya akan berubah dengan mendadak. Kesucian air zam zam pada mulanya tadi pun sudah tidak lagi kelihatan. Yang terlihat, hanya hitam dan kekerohan.Jadi, begitu juga dengan cinta yang wujud pada masyarakat kita tadi.

Panduan Cinta 
1) Cinta agung: Cinta kepada Allah, Rasul dan Islam serta berjihad membuktikannya. 
2) Cinta pertengahan: Cintakan sesama manusia: Ibubapa, anak-isteri, kaum kerabat dan sahabat handai 
3) Cinta bawahan: Menyintai sesuatu melebihi cinta kepada Allah, Rasul dan Islam.

Cinta Itu Bukan Tujuan, Cinta Hanya Jalan.  
Memang kita memerlukan cinta untuk membina rumah tangga tetapi meletakkan cinta bukanlah ditempat yang teratas untuk mendapatkan rumah tangga yang bahagia. 
Pekahwinan tidak perlu dimulakan dengan satu percintaan tetapi ia mesti didahulukan oleh satu pengenalan. Iaitu mengenali keseriusannya dalam beragama.
Panduan memilih calon isteri dan suami yang diberikan oleh Nabi Muhammad saw melalui sabdanya, 
“Dikahwini wanita itu atas empat perkara: harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan.”

Oleh itu, agama sangatlah penting bagi sebuah masjid yang dibina indah. Bayangkan Jika anda mempunyai sebuah rumah tetapi isi rumahnya kosong, adakah anda merasa seronok untuk tinggal didalamnya ? Pastilah Tidak.Lalu apa benda yang mengisi ruang rumah itu ?
Jawapannya adalah amalan agama.
" Hidup tanpa amalan, cinta akan sengsara" 
Kebanyakan orang yang berharta tanpa amalan, hatinya gusar. Berlainan pula dengan kehidupan yang sederhana tetapi beramal, mereka bahagia. Ini kerana mereka berasa cukup dengan nikmat yang diberi Allah walaupun sedikit. Maka bersyukurlah selalu kawanku.

Bahana cinta sebelum kahwin
Apa keistimewaan cinta sebelum kahwin ?
Jawapannya : Tiada. Kenikmatan yang dirasai hanyalah sementara dengan tipu daya syaitan semata-mata. Kebanyakkan manusia terlupa.

"Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan seorang wanita di tempat sunyi melainkan syaitanlah orang ketiganya".

" Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. " (QS. Al Israa' :32)

Cinta sebelum kahwin sememangnya terdedah dengan perbuatan zina sama ada secara lisan atau perbuatan, disengajakan atau kerana tidak mampu menahan godaan.Cinta yang asalnya suci dan bersih di hati setiap insan boleh tercemar apabila disalurkan dengan jalan-jalan yang mendekati zina. 
Mata itu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan),
Lisan itu berzina dan zinanya adalah bercakap (yang sia-sia, lucah dan sebagainya),
Kaki itu berzina dan zinanya adalah melangkah (untuk bermaksiat),
Tangan itu berzina dan zinanya ialah merangkul (untuk bermaksiat),
Hati itu berhawa dan berangan-angan,
Faraj membenarkan atau mendustakannya.
 Rasulullah SAW mengingatkan:
“Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli.” (Riwayat Ahmad).


Iman vs Nafsu 
Manusia mempunyai akal, hati dan nafsu. Mencintai seseorang lebih daripada cintakan Allah menjadikan akal mati. 

Jika nafsu menjadi pemandu, akal akan jadi konduktor dan hati akan menjadi penumpang maka rosaklah kehidupan seseorang.

Kehidupan yang bergantung kepada keimanan yang menjadi pemandu, akal menjadi konduktor dan nafsu menjadi penumpang, berjayalah kehidupan seseorang.

Apabila cinta ini berjaya hingga ke gerbang perkahwinan, cinta yang dikias bertahun-tahun pudar selepas pernikahan yang halal.Tiada manis yang dirasa, madu yang manis menjadi tawar. Namun kajian menunjukkan cinta yang kotor, patah / rapuh di tengah jalan. Tidak sempat berumahtangga, cinta telah berkecai.Terbukti tidak ada keindahan dengan mengetepikan Tuhan!



Menjadi yang terbaik 
Daripada kita ingin mencari pasangan yang soleh dan solehah, lebih baik kita menjadi . 
Firman Allah di dalam Surah An-Nur:
"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Al-Nur 24 :26)
Tidakkah kita percaya dengan janji-Nya ? Maka Cinta Apa yang ingin anda kejar sekarang ini ? Marilah sama-sama bertekad dalam diri kita meraikan cinta Allah. 
Allah  Mencintai para hambaNya :
Allah Mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya [QS Al Maidah : 54]
Rasulullah SAW bersabda, “sesungguhnya Allah SWT memberikan dunia kepada orang yang Dia cintai dan orang yang tidak Dia cintai. Namun, Dia tidak memberikan keimanan kecuali kepada orang yang Dia cintai” [HR Al Hakim & HR Al Bayhaqi dalam Syu’ab Al Iman melaui jalur Ibn Mas’ud].

 Islam memandu kita untuk menyalurkannya cinta secara mulia terhormat dan bermaruah disulami keindahan berganda selepas nikah  bersama dengan REDHA Allah.
Semoga bingkisan ini menjadi panduan buat diri saya sendiri dan rakan taulan. =)

Sumber : Iluvislam.com
                 Buku Celik mata dan Jiwa - Prof. dr Muhaya Hj Muhammad
                 Blog Fatimah syarha  - http://sebarkanbahagia.blogspot.com/
                 Blog Genta rasa (Pahrol Mohd Juoi ) - www.http://genta-rasa.com/
                 Banyak lagi blog islamik.

     



No comments:

Post a Comment